Thursday, March 26, 2009
Pranggg!!!
Bunyi kaca pecah menggantikan suara ayah yang sedang berkaraoke...
Pranggg!!!
Kedengaran pula pinggan dipecahkan dari arah dapur...Aku yang sedang membaca novel di bilik tersentak...hatiku berbisik..'apa hal pula ni?'..Tiba-tiba akakku masuk ke bilikku..'Ayah pecahkan kaca almari..' kata akakku...Aku sudah mula merasa sebak...Kami duduk berpelukan di dalam bilikku..
Selang beberapa minit...kedengaran bunyi alarm kereta ayahku...'ayah nak lari ke?' tanyaku kepada akak..akak hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu...enjin kereta dihidupkan..kedengaran suara tangisan adikku memanggil2 ibuku...terdengar bunyi pintu ditutup..2 kali..aku mengintai di sebalik jendela bilik...kelihatan kereta ayah meluncur pergi...
Aku dan akak turun ke ruang tamu...sewaktu melalui kawasan dapur aku dapat melihat kaca2 pinggan bertaburan di dalam singki dan di atas lantai...keadaan di ruang tamu sama sahaja dengan serpihan kaca2 almari...aku masuk ke bilik ibu dan ayahku...adikku yang ketika itu berusia 14 thn sedang menghayun buaian adik bongsuku yang baru beberapa bulan usianya...almari pakaian ayahku kosong separuh...'sah, ayah lari..tapi mana ibu?'hatiku membuat telahan sendiri...aku bertanya pada adikku di mana ibu..'ibu ikut ayah...''owh..''Alia?'merujuk pada si kecil yang menangis tadi...'ibu bawa bersama'balas adikku...
Tidak tahu apa yang hendak dibuat..aku kembali ke bilik dan menangis...'oh, Tuhan betapa beratnya dugaan yang kau berikan..'tiba-tiba akak dan adikku datang...akak mengajak kami lari dari rumah...masing2 kemudian membuka buku akaun melihat wang simpanan yang ada...akak ke biliknya mengambil peta...kami merancang tempat yang ingin dituju...setelah berbincang...kami sepakat memilih pasir gudang, johor kerana di situ banyak kilang..akakku boleh mencari kerja di sana..hendak pergi ke KL...ibu saudaraku ada di sana...Malam itu tidurku bertemankan air mata...
Apabila aku bangun keesokan harinya...aku mendapati ibuku telah pulang...aku bertanya ibu ke mana mereka pergi semalam...ibu bercerita kepadaku apa yang telah berlaku dan bagaimana ayahku tidak jadi keluar dari rumah...ibu memberitahu ayah memandu laju sehingga berhenti di tepi pantai dan di sana mereka telah berbincang...
ibu setuju sekiranya ayah hendak keluar tapi dengan syarat membawa bersama adik lelakiku yang kurang sihat...bagaimana mungkin ayah bersetuju kerana waktu itu ekonomi keluarga kurang memberangsangkan...hendak menyewa hotel pon kukira ayahku tidak mampu apatah lagi mahu membawa bersama adik lelakiku itu yang memerlukan perhatian kerana tidak mampu menguruskan dirinya sendiri...
1 Comment:
-
- b0b0y said...
March 26, 2009 at 2:13 PMmotiff..?